Polisi Pembayaran
Maklumat deposit, pembatalan, pertukaran tarikh dan proses refund.
Sila Baca
1. Surcaj Pembatalan
Sekiranya berlaku pembatalan, surcaj pembatalan adalah seperti di bawah:
Perkara 3.2.1: Pembatalan 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, fi pentadbiran minimum sebanyak Rp 350.000 atau 2% daripada tambang pelancongan (mengikut yang mana-mana yang lebih tinggi) akan dikenakan.
Perkara 3.2.2:
- 22 – 44 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: Perlucutan deposit
- 15 – 21 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: 35% daripada tambang
- 08 – 14 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: 50% daripada tambang
- 03 – 07 hari bekerja sebelum tarikh berlepas: 75% daripada tambang pelancongan
- 02 hari bekerja atau kurang sebelum tarikh berlepas: 100% daripada tambang pelancongan
2. Pertukaran Tarikh
Manakala pertukaran tarikh pula akan dikenakan surcaj Rp 500.000 seorang dalam tempoh 45 hari sebelum tarikh penerbangan. Jika kurang 45 hari maka tidak dibenarkan pertukaran tarikh penerbangan tersebut.
3. Proses Refund
Proses refund mengambil masa lebih kurang 1 bulan ke atas selepas borang yang diberikan kepada pihak Andalusia.
Harap maklum akan maklumat yang disampaikan ini.
Terima kasih.